Perlu ke berwasiat jika tiada harta?
Saya bukan ada harta pon nak wasiat.
Duit dalam bank tu ape? KWSP takde ke? Sekarang ni orang bergaduh disebabkan moto kapcai saje. Sebab periuk belanga.. benda yang kita fikir tak masuk akal. Tapi itulah yang berlaku..
Ada sikit atau banyak, buat lah wasiat supaya tiada masalah di kemudian hari. Berwasiat adalah untuk memudahkan urusan pengurusan harta di kemudian hari.
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 180)
Allah SWT menjelaskan, wasiat sebagai satu kewajipan kepada orang yang bertakwa. Pelaksanaan wasiat hendaklah diletakkan pada peringkat keutamaan dalam pembahagian harta peninggalan si mati.
Islam membenarkan seseorang yang ada tanda-tanda hampir mati supaya meninggalkan wasiat mengikut hukum dan peraturan tertentu, bagi membolehkan sebahagian hartanya diagihkan kepada pihak-pihak yang dikehendaki mengikut wasiatnya.
Majoriti fuqaha berpendapat, hukum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi satu pertiga.
Sabda Rasulullah SAW: "Tidak berhak bagi seseorang Islam yang mempunyai sesuatu (sama ada harta banyak atau sedikit) yang mahu diwasiatkannya tidur walaupun dua malam melainkan sepatutnya wasiat itu telah sedia bertulis di sisinya." (Riwayat al-Bukhari)
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment