Saya tidak mahu berwasiat, salah ke?
Tidak salah, tetapi akan menjadi rumit apabila waris faraid meninggal seorang demi seorang.
Maka ia akan terjadi waris yang berlapis-lapis. Kemungkinan besar pula hutang si mati juga tidak dijelaskan.
Masalah akan semakin rumit apabila tiada siapa yang akan buat tuntutan harta pusaka si mati ditambah lagi dengan dokumen pula hilang.
Wasiat adalah salah satu undang-undang yang tersedia melalui syariat Islam dan anugerah Allah SWT kepada penganut agama Islam yang mengandungi rahmat serta pelbagai hikmah demi menjaga keharmonian umat Islam keseluruhannya.
Melalui wasiat, Islam meletakkan prinsip keadilan pada kedudukannya sekali gus menyerlahkan kemuliaannya menerusi garis panduan yang ditetapkan.
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati atas jalan yang satu dan mengikut sunah dan dia mati sebagai seorang bertakwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa diampunkan."
Daripada hadis ini jelas menunjukkan amalan ini amatlah dianjurkan untuk dilakukan sebelum kita meninggal dunia. Oleh itu, hukum asal berwasiat itu adalah sunat, namun hukumnya boleh berubah bergantung kepada keadaan tertentu. Keadaannya adalah seperti berikut:
Wajib: Jika terdapat tanggungjawab syarii yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji. Dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga jika berkaitan dengan hutang sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.
Sunat: Jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapatkan pusaka. Begitu juga mewasiatkan kepada orang miskin dan untuk kebajikan pada jalan Allah.
Harus: Berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mereka bukan daripada golongan berilmu dan beramal soleh.
Makruh: Jika orang yang mewasiat itu bukan daripada golongan yang berkemampuan, sedangkan ia mempunyai waris yang memerlukan harta setelah ketiadaanya.
Haram: Jika berwasiat untuk perkara haram seperti untuk membuka kilang arak atau pusat maksiat.
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment