Adakah terbeku akaun bersama jika salah seorang meninggal dunia?

 Jika akaun bersama (suami isteri) bagaimana pula?

Adakah akan dibekukan secara total jika suami/ isteri meninggal dunia? 

Adakah jika salah seorang meninggal dunia, akaun bank akan terus dibekukan?

Ya dan tidak. Berbeza mengikut tetapan yang dibuat ketika pembukaan akaun bersama. Ia dibezakan melalui kebenaran pengeluaran wang simpanan.

Sama ada memadai dengan tandatangan salah seorang pemegang akaun (either to sign, ETS), atau memerlukan keduanya (primary sign only) menandatangani dokumen pengeluaran.




Bagi akaun yang memadai dengan salah seorang pemegang akaun sahaja yang perlu menandatangani dokumen pengeluaran, kematian salah seorang pemegang akaun tidak menyebabkan akaun tersebut dibekukan. Pemegang akaun yang masih hidup masih boleh melakukan transaksi menggunakan akaun tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi akaun yang memerlukan semua pemegangnya menandatangani dokumen pengeluaran, akaun akan dibekukan.

*********************************************************

sekiranya suami atau isteri meninggal dunia apa yang berlaku? 

Apakah status akaun tersebut? Adakah menjadi harta pusakanya yang perlu diuruskan oleh waris?

Tetapi di dalam akaun tersebut juga ada bahagian suami/ isteri.

Dalam permasalahan ini ada tiga (3) andaian yang boleh kita ambil kira.

1. Andaian Pertama (50% – 50%)

Kedua-dua pemilik akaun sudah bersetuju bahawa wang dalam akaun bersama tersebut adalah milik mereka berdua. Kita mengandaikan mereka bersetuju wang tersebut dimiliki secara sama iaitu 50% – 50%.

Jika situasi seperti andaian pertama, maka selepas meninggal dunia, hanya sebahagian 50% wang dalam akaun tersebut yang menjadi pusaka dan perlu diuruskan.

Selebihnya milik pasangan yang masih hidup.

2. Andaian Kedua (Hibah)

Kedua mereka telah berniat untuk menghadiahkan (hibah) wang daripada akaun tersebut kepada pasangan yang satu lagi.

“Apa sahaja duit abang, ia juga duit sayang. Apa sahaja duit sayang, ia duit abang juga.”

Manakala jika berlaku seperti andaian kedua, apabila salah seorang meninggal dunia, maka wang tersebut terus menjadi hak mutlak pasangan yang masih hidup kerana telah diniatkan hibah semasa masih hidup.


3. Andaian Ketiga (Pemegang Amanah)

Boleh juga diandaikan, sebenarnya walaupun akaun tersebut dibuat bersama di atas dua nama suami dan isteri, tetapi hakikatnya wang tersebut adalah milik seorang sahaja. Contohnya, hanya suami yang mendeposit wang ke dalam akaun.

Manakala seorang lagi (atau isteri) hanyalah sebagai pemegang amanah bagi wangnya jika ada keperluan atau situasi yang memerlukan pemilik bersama menggunakan wang tersebut.

Jika situasi adalah seperti andaian ketiga, maka perlu dilihat siapa yang meninggal dunia. Pemilik atau pemegang amanah.

Jika yang meninggal adalah pemilik wang dalam akaun tersebut, maka 100% bahagian daripada akaun itu menjadi pusaka. Dan pemegang amanah menjadi wasi atau pentadbir harta.

Manakala jika yang meninggal adalah pemegang amanah, maka duit di dalam akaun tersebut masih 100% menjadi hak pemilik sebenar.

Oleh itu dapat disimpulkan, ketiga-tiga situasi andaian di atas membawa implikasi yang berbeza dalam konsep pengurusan pusaka.

Masalahnya adalah, ketiga-tiga situasi tersebut hanyalah andaian. Tidak ada yang boleh tahu niat dan hasrat mereka semasa membuka akaun bersama tersebut melainkan diri mereka sendiri.

Adakah perkongsian secara sama rata, hibah bersama atau hanya sebagai pemegang amanah.

Malah mana-mana institusi kewangan juga tidak meminta untuk menzahirkan niat dan hasrat pembuka akaun melalui apa-apa dokumen. (Melainkan atas inisiatif sendiri)

Jom tanya:

Norul Fatihah bt Mohammad Nor


Whatsapp:

wasap.my/601110724106/naktakaful 

wasap.my/601110724106/nakwasiat 


Blog:

https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/


Facebook:

https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/

#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?