Apakah Status Wasiat Yang Dibuat Secara Lisan Sahaja?

 Adakah wasiat secara lisan perlu mendapatkan pengesahan daripada mahkamah syariah?

Hukum asal berwasiat secara lisan adalah sah selagi mana ianya tidak mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak. Walaubagaimanpun, dalam konteks dunia hari ini, pesanan atau wasiat yang dibuat sebaiknya didokumentasikan dengan baik secara bertulis.

Ini bagi memudahkan proses selepas berlaku kematian.

Sebagai contoh di Selangor, di bawah Seksyen 61(3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, wasiat yang disampaikan secara lisan perlulah dibuktikan dan disahkan oleh Mahkamah Syariah  melalui permohonan perintah pengesahan wasiat.

Perintah pengesahan wasiat akan mengambil kira setiap syarat, bukti dan saksi yang jelas ketika wasiat secara lisan itu dibuat.

Oleh itu, wasiat yang dibuat secara lisan, hanya dapat dilaksanakan sekiranya Mahkamah Syariah memberikah pengesahan dan berpendapat bahawa wasiat tersebut adalah sahih.

Sebaliknya jika Mahkamah Syariah memutuskan bahawa wasiat itu tidak sah, maka kaedah pengagihan harta pusaka arwah perlulah dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak.


Jom tanya:

Norul Fatihah bt Mohammad Nor


Whatsapp:

wasap.my/601110724106/naktakaful 

wasap.my/601110724106/nakwasiat 


Blog:

https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/


Facebook:

https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/

#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?