Boleh tak guna duit arwah untuk buat kenduri tahlil?
Tak boleh kerana mengadakan kenduri adalah tidak termasuk dalam hak-hak berkaitan dengan si mati yang wajib ditunaikan.
Kita perlu jelas bahawa kenduri tahlil tidak wajib dan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah. Tidak salah untuk waris membuat kenduri tahlil, tetapi ia menjadi satu kesalahan jika mereka menggunakan harta peninggalan si mati untuk menanggung kos kenduri tahlil tersebut tanpa persetujuaan semua waris Faraid.
Walaubagaimanapun ia adalah dibenarkan dan halal bagi tujuan tersebut jika semua waris Faraid simati bersetuju untuk menggunakan harta peninggalannya bagi membiayai kenduri tahlil dengan syarat semua waris Faraid si mati itu waras atau dewasa. Jika ada dikalangan waris tersebut yang tidak waras atau kanak-kanak di bawah umur maka tidak dibenarkan.
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment