Bolehkah saya ambil duit arwah suami dalam bank? Saya tahu no pin atm.
Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri.
Apabila meninggalnya seseorang, terdapat beberapa kewajipan berkaitan harta pusaka (harta peninggalan) si mati yang perlu dilaksanakan. Ia hendaklah dilakukan berdasarkan tertib dan susunan berikut:
Pertama: Pengurusan jenazah. Ia perlu didahulukan daripada hutang-hutang, pelaksanaan wasiat dan hak pewaris. Ini kerana persiapan jenazah merupakan hak jenazah yang perlu ditunaikan.
Kedua: Hutang yang berada dalam tanggungan (zimmah) si mati.
Ketiga: Pelaksanaan wasiat si mati (jika ada).
Keempat: Pembahagian pusaka kepada para pewaris mengikut bahagian masing-masing.
Imam al-Nawawi ada menyebut di dalam kitabnya:
يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه ثم تقضى ديونه ثم وصاياه من ثلث الباقي ثم يقسم الباقي بين الورقة
Maksudnya: “Pengurusan harta peninggalan si mati dimulakan dengan membiayai kelengkapan dan pengurusan jenazahnya, kemudian diselesaikan hutang-hutangnya kemudian dipenuhi wasiatnya (hanya satu pertiga daripadanya) kemudian baharulah diberikan baki harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak”. [Lihat: Minhaj al-Tolibin: m/s 180].
Berkenaan isu pembiayaan kos pengurusan jenazah menggunakan wang orang lain dan bukannya dari wang peninggalan si mati. Jika si mati merupakan seorang fakir dan tidak memiliki apa-apa untuk menguruskan jenazahnya, maka tanggungjawab menguruskan jenazahnya dipikul oleh orang yang menyaranya ketika hidup sama seperti kes anak dan isteri. Sekiranya tiada, belanja pengurusannya diambil daripada Baitul Mal. Jika tiada juga, ia menjadi tanggungjawab orang-orang Islam yang kaya. Imam al-Zuhaili mengatakan:
فإن تعذر فعلى أغنياء المسلمين وأهل الخير، احتراما لإنسانيته، وتكافلاً وتضامناً معه.
Maksudnya: “Jika tidak mampu, maka ke atas orang-orang Muslim yang kaya dan ahli kebajikan (untuk membiayai kos pengurusan jenazah), sebagai tanda hormat, bantu-membantu, sokong menyokong sesama manusia.
[Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i, 4/346]
Adapun, jika si mati berkemampuan dan mempunyai wang peninggalan yang cukup, perlulah digunakan terlebih dahulu untuk melaksanakan kewajipan berkaitan harta pusaka si mati seperti yang tertera di atas.
Kemudian, jika ahli keluarga si mati ada menerima wang sumbangan dari satu pihak luar ataupun dari satu ahli keluarga sendiri seperti anak atau saudara-mara dan lain-lain, walhal si mati ada meninggalkan wang, maka bolehlah ia digunakan untuk membantu membiayai kos pengurusan jenazah, di samping dapat meringankan beban ahli keluarga si mati. Justeru, tiada larangan untuk menggunakan harta orang lain seperti anak bagi menguruskan jenazah si mati.
Apatah lagi terdapat dalil yang menunjukkan harta anak juga adalah milik ibu bapa. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-As, sabda Nabi S.A.W:
«أنت ومالك لوالدك، إن أولادكم من أطيب كسبكم، فكلوا من كسب أولادكم»
Maksudnya: “Kamu dan harta kamu adalah milik orang tua mu. Sesungguhnya anak-anakmu termasuk hasil usahamu yang paling baik, maka makanlah (ambillah setakat apa yang perlu) dari hasil usaha anak-anakmu”.
Riwayat Abu Daud (3530)
Al-Khattabi dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan (3/165,166) berkata makna hadith أنت ومالك لأبيك adalah apabila ia (ayah) memerlukan kepada hartamu, ia boleh mengambil harta sekadar keperluannya. Apabila kamu tidak memiliki harta tetapi masih memiliki pekerjaan, maka kamu wajib memberi nafkah kepadanya. Ibn Battal, dalam kitabnya Syarh al-Shahih al-Bukhari (3/544) berkata: “Makna hadith tersebut adalah dalam hal berbuat baik dan sekadar anjuran, bukan suatu keharusan atau kemestian”.
Justeru, jika seorang anak ingin membiayai kos pengurusan jenazah bapanya, maka ia dibolehkan asalkan tidak membebani dan juga memberi mudharat kepada anak tersebut.
Jom tanya:
Norul Fatihah bt Mohammad Nor
Whatsapp:
wasap.my/601110724106/naktakaful
wasap.my/601110724106/nakwasiat
Blog:
https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/
#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
Comments
Post a Comment