Saya ingin buat wasiat Bagaimana caranya?

Penyediaan wasiat dapat menyelesaikan banyak kemelut pada kemudian hari. Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk buat sebuah dokumen perwarisan harta yang lengkap. Oleh itu jom kita lihat perkara yang perlu dibuat untuk merancang perwarisan harta.

1. Kumpul dan senaraikan segala aset dan liabiliti semasa

Ini adalah langkah pertama yang semua orang mesti buat. Senaraikan semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki sekarang. Di samping itu, simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Labelkan fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah anda tiada nanti.

Selain itu, gunakan Google Doc, Goole Sheet atau atau apa-apa aplikasi dalam talian untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang anda miliki. Buat dua simpanan, satu salinan elektronik (softcopy) yang boleh disimpan dalam email dan satu salinan cetak (hardcopy) untuk diletakkan sekali dalam fail tersebut.

2. Lantik wasi atau AJK Pusaka

Salah satu perkara penting yang mesti ada dalam dokumen perwarisan harta adalah perlantikan wasi atau Ahlli Jawatankuasa (AJK) pusaka.

  • Apakah tugas wasi ini?

Wasi adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka anda, mengikut wasiat atau pesanan anda. Kebiasaanya, anda disarankan untuk melantik ahli keluarga terdekat yang anda percaya akan berlaku amanah setelah pemergian anda nanti.

  • Apa akan terjadi sekiranya anda tidak melantik wasi?

Waris perlu mendapatkan kata sepakat untuk melantik seorang wakil untuk menguruskan harta pusaka. Permuafakatan ini akan memanjangkan lagi proses menuntut harta pusaka nanti.

3. Sediakan dana pantas

  • Apa yang dimaksudkan dengan dana pantas ini?

Dana pantas adalah aset tunai yang boleh dituntut oleh waris secara langsung selepas anda meninggal dunia tanpa perlu melalui proses untuk dapatkan surat perintah kuasa. Contoh aset dana pantas adalah duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP ) dan Tabung Haji yang telah berpenama. Pampasan takaful berpenama pun termasuk dalam aset dana pantas.

  • Kenapa perlu ada dana pantas?

Ini untuk memudahkan waris anda menguruskan harta pusaka. Kena ingat nak urus harta pusaka bukan percuma! Ada kos yang perlu dikeluarkan. Telah terjadi banyak kes harta pusaka yang terus terbeku kerana waris tiada tunai untuk uruskan harta pusaka arwah.

Walaupun anda tinggalkan RM2 juta dalam akaun bank sekalipun, wang tersebut akan terus dibekukan  jika waris anda tiada tunai sekurang-kurangnya 5% daripada keseluruhan harta pusaka anda. Akhirnya waris langsung tidak dapat menuntut manfaat daripada harta pusaka.

4. Dokumen yang disediakan mesti bertulis, bertarikh dan bersaksi

Penting sekiranya nak buat wasiat, pastikan dokumen pewarisan tersebut lengkap bertarikh dan mempunyai saksi. Ini bagi mengelakkan pertikaian antara waris setelah anda meninggal dunia sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pesanan anda semasa hidup.

Dengan adanya dokumen lengkap sebegini, mudah bagi wasi atau AJK pusaka untuk laksanakan pesanan arwah. Sama ada arwah ada berwasiat, buat hibah atau waqafkan sebahagian daripada hartanya.

5. BONUS: Dapatkan khidmat pakar

Walaupun cara membuat dokumen pewarisan ini nampak mudah, tetapi sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memang tiada ilmu dan kepakaran dalam bidang perwarisan harta pusaka. Oleh itu, sewajarnya juga and cari dan dapatkan khidmatan pakar pewarisan harta pusaka untuk bantu rancang harta anda.

Anda ada banyak pilihan khidmat pakar pewarisan di Malaysia, boleh cari dan dapatkan konsultasi dari mereka. Yang penting adalah anda rancang dan pastikan harta yang anda  kumpul selama ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada waris, tetapi kepada anda apabila sebahagian daripadanya disedekah atau diwaqafkan untuk manfaat umum.


Jom tanya:

Norul Fatihah bt Mohammad Nor


Whatsapp:

wasap.my/601110724106/naktakaful 

wasap.my/601110724106/nakwasiat 


Blog:

https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/


Facebook:

https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/

#aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Comments

Popular posts from this blog

18 GOLONGAN BERIKUT AMAT KRITIKAL UNTUK MELAKUKAN PERANCANGAN HARTANYA DENGAN SEGERA:

PERBEZAAN DI ANTARA HIBAH BERSYARAT DAN HIBAH MUTLAK

KENAPA NAK BAYAR TAKAFUL YANG MAHAL, BUKAN KE IA HANYA BEBANAN?