Posts

Showing posts from December, 2020

Khusus Untuk Sahabat2 Yg ada Syarikat . Apa patut kita buat

Image
TERKUBURKAH SYARIKAT PERNIAGAAN SAYA SELEPAS SAYA MATI? -  Bhgn 1. Majoriti kita yg berniaga melakukan perniagaan samada secara Syarikat Enterprise ataupun Syarikat Sdn Bhd. Jika Perniagaan secara Enterprise, maka ianya terkuburlah bersama Si-Mati. Kalau Sdn. Bhd pula, ada peluang untuk di selamatkan iaitu dgn syarat, kita buat persediaan dan perancangan semasa hidup. Bila tu? Sekaranglah.  Adakah Saham Syarikat DiFaraidkan? Sama seperti harta yang lain, Saham Syarikat juga adalah harta pusaka Si-Mati. Justeru, Ianya tertakluk kepada Pembahagian Faraid.  Cara kreatif yg kerap digunakan ialah dgn  menanda-tangani borang pemindahan saham tanpa tarikh, adalah satu kesalahan di sudut Perundangan Negara. Malah yg lebih parah lagi, Hukumnya adalah Haram di sisi Syarak. Maknanya, sesiapa yg melakukannya adalah berdosa, dan mereka yg sama-sama berkomplot juga akan bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Setelah kematian saham menjadi pusaka dan perlu melalui proses undang-u...

SEMBANG2 BAB HARTA PUSAKA 😊😊

Image
 Ada yang bertanya lagu ni... "Pelik.. bakpo tu tak boleh ni tak boleh.. buat apo nak buat wasiat kalau semua dah ikut faraid ?" Jawapan sehabis layman term-nya : Mula-mula kena faham tujuan buat wasiat ni.  Yang orang ramai faham, buat wasiat sekadar nak bahagi harta. Pembahagian harta pusaka ni ada hukumnya. Kita pakai hukum faraid, hukum yang Allah cipta. Faraid tu pulak analogynya hanya macam kalkulator. Alat untuk mengira bahagian masing-masing je.  Bila kita berwasiat, kita nyatakan hasrat dalam dokumen wasiat, aset ni hasratnya nak bagi sapa. Nyatakan. Tapi, apabila dah nyatakan dalam wasiat, bila dah mati nanti, waris-waris faraid perlu ditanya persetujuan masing-masing dulu. Kalau masing-masing ok nak ikut hasrat dalam wasiat, agihan akan dibuat mengikut wasiat. Tapi kalau ada waris yang nak bahagian dia ikut faraid, dia berhak tuntut hak faraid dia. Bila kita buat wasiat, bukan bermakna kita boleh mengetepikan hukum faraid secara total, sebab itu hukum ketetapan...

HIBAH: APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN PEMILIK RUMAH?

Image
Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga.  Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah? Dan mengapakah penghibahan rumah penting? 1. Apa itu penghibahan rumah? Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Memandangkan rumah merupakan antara aset terpenting seseorang individu, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain? 2. Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan? Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan ...

RINGKASAN KAEDAH URUS PUSAKA ISLAM MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Image
Pengenalan : Di Malaysia, apabila si mati meninggal dunia, harta yg dimilikinya akan dibekukan sehinggalah selesai proses Tuntutan Pusaka. Perancangan Harta semasa Hidup oleh Si-Pemilik Harta seperti membuat wasiat, hibah atau meletakkan penama bagi hartanya dapat memendekkan masa pembekuan harta tersebut.  Contohnya, walaupun nampak remeh, menamakan Penama utk wang simpanan di Tabung Haji atau KWSP dapat mempercepatkan proses pengeluaran duit tersebut selepas berlaku kematian. Bagaimana Proses Pencairan Dapat dilakukan? Selain menamakan Penama bagi Akaun-Akaun tertentu, waris-waris berhak atau saudara terdekat si mati perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Pejabat Pusaka Kecil di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi Sivil berdasarkan nilaian harta pusaka yg ditinggalkan oleh Si-Mati. Tanpa Surat Kuasa tersebut, harta-Harta ini akan terus terbeku. Jika tuntutan pusaka utk mendapatkan Surat Kuasa tersebut dilaku...

CARA PEMBAHAGIAN HARTA FARAID SEKIRANYA ISTERI MENINGGAL

Image
  Terdapat beberapa cara pembahagian harta yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid apabila seseorang itu meninggal.. Antara beberapa contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti yang berikut. Situasinya adalah sekiranya isteri meninggal  Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful &  Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi) #aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

CARA PEMBAHAGIAN HARTA MENINGIKUT FARAID APABILA SUAMI MENINGGAL

Image
  Terdapat beberapa cara pembahagian harta yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid apabila seseorang itu meninggal.. Antara beberapa contoh yang boleh dijadikan panduan adalah seperti yang berikut. Situasinya adalah sekiranya suami meninggal  Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful &  Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi) #aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunchtalk #kongsikongsiaia  #youtuber #blogger #haji #umrah #shopee #shopping #hibah #legasi #emas #simpanan #medical #ctdk #neelofa #viral #siakapkeli #diy  #masak #cantik #kitajagakita #sayang #zerotohero #wasiat #hartapusaka #keluarga

Apa Itu Faraid?

Image
  Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk  harta yang boleh dibahagikan secara Faraid  adalah: *Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll); *Barang kemas (emas, perak dll); *Insuran, takaful saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak); *Tanah, kebun, ladang dll; *Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll. Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . N...

Kenapa ya hibah ni penting??

Image
  Kenapa ya hibah ni penting?? Betul ke penting?? Ya, betul. Hibah ni penting bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga.. Berapa ramai masayarakat hari yang sanggup putus saudara disebabkan harta. Lebih teruk lagi ada yang berdauh dengan ibu bapa juga.. Orang kata harta tidak boleh dibawa mati, ya betul.. tetapi harta boleh menyebabkan orang mati.. Sebab tu penting sangat harta ini dibahagikan dengan betul.. Untunglah bagi mereka yang sedar tentang pembahagian ni dengan membuat HIBAH SESIAP ke atas harta-hartanya kepada mereka yang disayangi... DAN apa yang untungnya lagi, dengan hibah ni, kita bukan je boleh bagi kepada pasangan kita, tetapi boleh juga kepada anak-anak, ibu bapa...nak bagi kat masjid, surau, anak-anak yatim @ tahfiz pon.. DAN, harta yang dah dihibahkan ni tidak boleh dituntut oleh orang lain lagi..jadi, tak kan ada isu perebutan lagi di sini.. BESTKAN bila buat HIBAH ni..  :) Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/nakta...

PENTINGNYA ADA MEDICAL CARD PERSONAL

Image
  SUDAHkah anda memiliki MEDICAL CARD AIA?? Jika belum, tahun inilah masanya untuk segera memohon.  🤗 . Pelan kad perubatan ini menyediakan manfaat pembiayaan kos rawatan di hospital-hospital pakar tanpa had untuk seumur hidup. . Dengan adanya VIP Gold Medical Card ini, urusan untuk mendapatkan rawatan anda menjadi lebih mudah dan cepat. Segala kos rawatan di hospital anda juga akan ditanggung oleh AIA. 💞 . Jangan tangguh-tangguh lagi, dapatkanlah VIP Gold Medical Card Eksklusif anda ini sekarang ! Sebelum semuanya terlambat ! 😉 . Untuk pertanyaan mengenai Medical Card atau nak tahu lebih lanjut tentang Plan Perlindungan Takaful AIA, boleh WhatsApp terus dengan saya dengan klik pada link yang tertera. Untuk dapatkan maklumat kebaikan takaful: . wasap.my/+601110724106/naktakaful wasap.my/+601110724106/nakwasiat . Norul Fatihah Mohammad Nor Ejen Perunding AIA Takaful &  Ejen Wasiat, Hibah & Harta Pusaka (iLegasi) #aia #aianorulfatihah #madamnour #mrhoho #aialunch...

BOLEHKAH MENCABAR HIBAH?

Image
  “Mengapakah mahu mencabar hibah sedangkan ia sudah jelas dan ada bukti hitam putih? Sekiranya ada penipuan, orang yang menipu itulah yang menanggung dosanya. Selagi penerima mempunyai bukti hitam putih yang sah, kita kenalah terima,” katanya. Walaupun ada ketikanya berlaku hibah secara mulut sebagai contoh, suami memberitahu isterinya dia mahu menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah. Jadi tidak perlu pertikai lagi. “Saya terkenangkan ramai ibu tunggal yang kematian suami akhirnya hidup dalam keadaan sengsara sebab tidak tahu hak mereka dalam faraid. Paling utama, mereka tidak tahu boleh menerima hibah sebelum berlaku kematian. Mereka pula disuruh meninggalkan rumah walhal suami pernah beritahu, rumah itu diberi kepadanya. “Ingatlah, hibah perlu dilakukan sewaktu hidup. Apa yang dibuat selepas kematian memanglah tidak boleh menjadi hibah kerana selepas kematian, semua harta menjadi harta pusaka dan ia tertakluk kepada faraid. Hibah diberi daripada seorang y...