Posts

Showing posts from September, 2022
 Jika saya beli atas tangan bagaimana? Mesti ada dokumen jual beli antara anda dan penjual. Mesti ada rekod. Jika berlaku pertikaian di kemudian hari, bagaimana nak membuktikan rumah tersebut milik anda? Sila jawab. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
 Susah la, Sales and Purchase Agreement rumah tak jumpa. Boleh buat wasiat dulu dengan maklumat apa yang ada, jika dah jumpa kemudian boleh update. Jika masih tak jumpa sila minta salinan daripada developer. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment
 Kenapa perlu declare untuk berwasiat? Sebab jika pasangan anda tidak tahu anda memiliki harta tersebut, kemungkinan harta tersebut tidak dapat diuruskan. Ada kes, harta tertinggal yang tidak diserahkan kepada waris yang berhak.  Selepas 5 – 6 tahun selepas pembahagian pusaka, baru tau kewujudan harta tersebut. Kan dah menyusahkan waris-waris? Contoh lain: beli rumah guna nama adik. Anda mati, adik senyap je buat tak tahu. Atas kertas dah nama dia, bagaimana nak tuntut? Jangan buang masa dan duit untuk naik turun mahkamah.
 Semua harta nak declare ke? Jika anda nak memudahkan urusan waris kenapa nak sembunyikan?
 Banyak betul dokumen nak kena sediakan wasiat nie. Benar, ini bagi memudahkan wasi mentadbir harta pusaka, melunaskan hutang serta melaksanakan kebajikan yang anda hajati.
 Puan, Sales and Purchase Agreement nak fotostat semua ke? Tak perlu, muka surat yang ada menunjukkan alamat rumah (PT no, HS no, mukim, daerah dan etc. Bahagian yang anda sain perlu juga (bahagian term & condition tak perlu).
 Rumah bagaimana nak agihkan puan? Tak kan nak letak dapur siapa punya, bilik air siapa punya? Ikut percent (%) saje, bila dah pindah milik andaikata tiada siapa nak duduk rumah tu. Boleh jual dan hasil jualan akan diserahkan mengikut peratus yang ditetapkan.
 Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan tu bagaimana? Saya kena plan nak bagi pada siapa harta saya ke? Betul. Tulis tangan pon tak pe, asalkan saya boleh baca.
 Saya nak buat wasiat, apakah maklumat yang diperlukan? Tahniah, sediakan maklumat seperti berikut. STEP 1 – Sediakan 3 salinan ic anda (pewasiat) STEP 2 – Sediakan 3 salinan ic waris (penerima harta) STEP 3 – Sediakan 3 salinan maklumat harta benda anda. (Bukti menunjukkan harta tersebut adalah milik anda) 3.1 Rumah / tanah – 3 salinan snp atau geran atau sebarang maklumat jual beli 3.2 Kereta / moto – 3 salinan geran 3.3 Kwsp / bank / asb / tabung haji / takaful / insurans / koperasi / barang kemas – 3 salinan penyata yg mengandungi no akaun, nama dan ic. (Berapa nilai atau baki tak perlu, sebab wasi akan mula mengakses harta anda selepas mendapat geran probet dari mahkamah). Contoh: STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan. Contoh : Rumah STEP 5 – Senaraikan hutang kita kepada orang. STEP 6 – Senaraikan orang yang berhutang pada kita.
 Jika suami sudah hilang upaya masih boleh berwasiat? Boleh, asalkan dia waras fikiran, baik ingatan, tidak dipaksa dan memahami wasiat yang dibuat.
 Jika suami koma boleh buat wasiat ke? Tidak boleh sebab dia tidak waras fikiran dan tidak baik ingatan.
 Bagaimana pihak wasi tahu saya mati ke belum? Itu tugas waris memaklumkan pada wasi yang dilantik. Sebab itu dalam borang wasiat tersebut ada maklumat orang yang boleh dihubungi. Sebagai pewasiat, anda perlu memaklumkan kepada mereka yang anda telah membuat wasiat dengan wasi yang dilantik. Jika berlaku kematian, orang yang boleh dihubungi itu boleh memaklumkan kepada wasi.
 Okey, saya dah buat wasiat. Jika dah mati, berapa lama proses urusan pusaka? Lebih kurang 3 bulan sahaja.
 Jika saya tidak mahu membuat wasiat boleh tak? Boleh sahaja jika anda ingin jadikan harta pusaka anda beku? Silakan… 5 tahun belum tentu selesai pengurusan harta pusaka anda, percayalah..
 Siapakah yang perlu berwasiat? Semua orang perlu buat wasiat jika mereka: 1. Orang yang berharta 2. Orang yang mempunyai anak angkat 3. Orang yang tiada waris 4. Orang yang tidak berkahwin 5. Orang yang berhutang 6. Muallaf
 Apakah sebab utama harta umat Islam beku begitu banyak sekali? Banyak, antaranya: 1. Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka. 2. Kos proses tuntutan harta pusaka mahal. 3. Waris tidak tahu hukum faraid. 4. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang. 5. Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.
 Apakah kesan tidak berwasiat? Tiada kebajikan dibuat oleh si mati dan berkemungkinan harta pusaka sukar diurus sekiranya tiada waris yang ingin mengambil inisiatif.
 Kenapa ramai orang Islam tidak berwasiat? Kurang pendedahan kepada kepentingan wasiat dan sering sekali menganggap tiada harta yang ingin diwasiatkan.

Adakah wasiat itu penting?

Image
 Ya, sangat penting kerana : 1. Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka. 2. Mengelakkan persengketaan waris. 3. Melindungi kebajikan masa depan anak-anak. 4. Isteri mendapat hak yang sewajarnya. 5. Memastikan harta diagihkan mengikut hasrat. 6. Tanpa perlu menghadapi kerenah birokrasi. PENSYARIATAN WASIAT Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”. Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina AbuBakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syaf...

Apakah Status Wasiat Yang Dibuat Secara Lisan Sahaja?

Image
 Adakah wasiat secara lisan perlu mendapatkan pengesahan daripada mahkamah syariah? Hukum asal berwasiat secara lisan adalah sah selagi mana ianya tidak mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak. Walaubagaimanpun, dalam konteks dunia hari ini, pesanan atau wasiat yang dibuat sebaiknya didokumentasikan dengan baik secara bertulis. Ini bagi memudahkan proses selepas berlaku kematian. Sebagai contoh di Selangor, di bawah Seksyen 61(3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, wasiat yang disampaikan secara lisan perlulah dibuktikan dan disahkan oleh Mahkamah Syariah  melalui permohonan perintah pengesahan wasiat. Perintah pengesahan wasiat akan mengambil kira setiap syarat, bukti dan saksi yang jelas ketika wasiat secara lisan itu dibuat. Oleh itu, wasiat yang dibuat secara lisan, hanya dapat dilaksanakan sekiranya Mahkamah Syariah memberikah pengesahan dan berpendapat bahawa wasiat tersebut adalah sahih. Sebaliknya jika Mahkamah Syariah memutus...

Jika saya jual harta yang diwasiatkan bagaimana?

Image
 Jika saya jual harta yang diwasiatkan bagaimana? Boleh jika dia hak milik anda..bukan hak orang lain.. Syarat Harta Yang Diwasiat Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat; Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat; Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Tidak melantik pentadbir, apa akan terjadi?

Image
 Apa yang akan terjadi jika saya tidak melantik pentadbir bagi harta saya bagi anak bawah 18 tahun? Harta anda akan dipegang oleh Amanah Raya. Dalam wasiat anda boleh nyatakan siapa penjaga anak-anak dan melantik pentadbir bagi harta. Jadi mereka boleh menggunakan harta yang ditinggalkan untuk mengurus anak anda kelak. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Saya ingin buat wasiat Bagaimana caranya?

Image
Penyediaan  wasiat   dapat menyelesaikan banyak kemelut pada kemudian hari. Walaubagaimanapun, dari sudut teknikaliti masih ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk buat sebuah dokumen perwarisan harta yang lengkap. Oleh itu jom kita lihat perkara yang perlu dibuat untuk merancang perwarisan harta. 1. Kumpul dan senaraikan segala aset dan liabiliti semasa Ini adalah langkah pertama yang semua orang mesti buat. Senaraikan semua aset dan hutang (liabiliti) yang anda miliki sekarang. Di samping itu, simpan semua dokumen-dokumen berkaitan dalam satu fail khas. Labelkan fail tersebut untuk memudahkan waris mencarinya setelah anda tiada nanti. Selain itu, gunakan Google Doc, Goole Sheet atau atau apa-apa aplikasi dalam talian untuk senaraikan kesemua aset dan hutang yang anda miliki. Buat dua simpanan, satu salinan elektronik ( softcopy)  yang boleh disimpan dalam email dan satu salinan cetak ( hardcopy ) untuk diletakkan sekali dalam fail tersebut. ...

Adakah terbeku akaun bersama jika salah seorang meninggal dunia?

Image
 Jika akaun bersama (suami isteri) bagaimana pula? Adakah akan dibekukan secara total jika suami/ isteri meninggal dunia?  Adakah jika salah seorang meninggal dunia, akaun bank akan terus dibekukan? Ya dan tidak. Berbeza mengikut tetapan yang dibuat ketika pembukaan akaun bersama. Ia dibezakan melalui kebenaran pengeluaran wang simpanan. Sama ada memadai dengan tandatangan salah seorang pemegang akaun ( either to sign, ETS ), atau memerlukan keduanya ( primary sign only ) menandatangani dokumen pengeluaran. Bagi akaun yang memadai dengan salah seorang pemegang akaun sahaja yang perlu menandatangani dokumen pengeluaran, kematian salah seorang pemegang akaun tidak menyebabkan akaun tersebut dibekukan. Pemegang akaun yang masih hidup masih boleh melakukan transaksi menggunakan akaun tersebut. Walau bagaimanapun, bagi akaun yang memerlukan semua pemegangnya menandatangani dokumen pengeluaran, akaun akan dibekukan. ********************************************************* sekiranya...

Bolehkah saya ambil duit arwah suami dalam bank? Saya tahu no pin atm.

Image
Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri. Apabila meninggalnya seseorang, terdapat beberapa kewajipan berkaitan harta pusaka (harta peninggalan) si mati yang perlu dilaksanakan. Ia hendaklah dilakukan berdasarkan tertib dan susunan berikut: Pertama:  Pengurusan jenazah. Ia perlu didahulukan daripada hutang-hutang, pelaksanaan wasiat dan hak pewaris. Ini kerana persiapan jenazah merupakan hak jenazah yang perlu ditunaikan. Kedua:  Hutang yang berada dalam tanggungan ( zimmah ) si mati. Ketiga:  Pelaksanaan wasiat si mati (jika ada). Keempat:  Pembahagian pusaka kepada para pewaris mengikut bahagian masing-masing. Imam al-Nawawi ada menyebut di dalam kitabnya: يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه ثم تقضى ديونه ثم وصاياه من ثلث الباقي ثم يقسم الباقي بين الورقة Maksudnya: “Pengurusan harta peninggalan si mati dimulakan dengan...

Boleh tak guna duit arwah untuk buat kenduri tahlil?

Image
Tak boleh kerana mengadakan kenduri adalah tidak termasuk dalam hak-hak berkaitan dengan si mati yang wajib ditunaikan. Kita perlu jelas bahawa kenduri tahlil tidak wajib dan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang wajib dilaksanakan dalam pengurusan jenazah. Tidak salah untuk waris membuat kenduri tahlil, tetapi ia menjadi satu kesalahan jika   mereka menggunakan harta peninggalan  si mati  untuk  menanggung kos kenduri tahlil tersebut tanpa persetujuaan semua waris Faraid.   Walaubagaimanapun  ia adalah dibenarkan dan halal  bagi tujuan tersebut jika  semua waris Faraid simati bersetuju untuk menggunakan harta peninggalannya  bagi membiayai kenduri tahlil  dengan syarat semua  waris Faraid si mati itu waras  atau dewasa. Jika ada dikalangan waris tersebut yang tidak waras atau kanak-kanak di bawah umur maka tidak dibenarkan. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  ...

Boleh tak guna duit pusaka untuk berbelanja sebelum dibahagikan?

Image
 Jika suami saya mati, harta pusaka belum diuruskan. Bolehkah saya guna duit arwah untuk perbelanjaan anak-anak sekolah? Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati adalah harta pusaka. Dimana keutamaanya untuk menyelesaikan hutang dan perbelanjaan harta pusaka si mati. Bakinya (jika ada) akan diagihkan kepada waris-waris si mati. Sekiranya ahli keluarga memerlukan wang untuk kelangsungan hidup sebelum perkara diatas diselesaikan maka dengan persetujuan semua waris beliau boleh menggunakannya dan mengambil setakat bahagian yang beliau berhak keatas keseluruhan pusaka. Jika kegunaan melebihi bahagian beliau maka beliau perlu membayarnya semula atau mendapatkan persetujuan ahli waris lain untuk menghalalkan apa yang beliau telah gunakan. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafuln...

Boleh ke tak nak wasiat harta?

Image
Jika saya tidak mahu wasiatkan semua harta yang ada penama seperti KWSP / Takaful / Tabung Haji / Koperasi dan seumpamanya, boleh ke? Boleh, penama adalah pentadbir (wasi) bagi harta pusaka islam.  Jika tak buat wasiat ia akan jatuh kepada faraid. Tugas penama nanti mengagihkan harta mengikut faraid. Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran. Ianya adalah mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak. Syarat bagi menerima Faraid ini adalah: Mempunyai pertalian darah; Seorang Muslim dan; Mempunyai pertalian perkahwinan. Siapakah yang berhak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid: Waris utama berikut berhak  sama mewarisi harta si mati dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah: Suami Isteri Ibu bapa Anak-anak yang sah Berikut adalah di antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris  serta tidak  ...