Posts

Showing posts from August, 2022

Adakah orang bukan Islam boleh buat wasiat?

Image
Bagi bukan Islam boleh berurusan dengan Amanahraya. Bagi yang beragama Islam boleh rujuk kepada Majlis Agama Negeri atau syarikat swasta yang berdaftar. Pembahagian harta dari segi bukan Islam di Malaysia Yang kedua pula  pembahagian wasiat boleh dilakukan melalui  Akta Pembahagian 1958  ( Distribution Act ) -  diubah suai pada tahun 1997  - untuk orang bukan Islam. Undang-undang ni hanya berkuat kuasa kepada semua warga Malaysia yang  bukan Islam   tinggal di Semenanjung  dan tak merangkumi orang bukan Islam di Sabah dan orang asli Sarawak.  Perlu diingatkan kat sini,  ‘estate’  bukan sahaja tertakluk kepada tanah tapi juga termasuk barang kemas, wang insuran, dan segala jenis harta peninggalan si mati. Menurut Akta Pembahagian 1958,  kalau si mati tak tulis wasiat  kesemua hartanya akan diberi kepada pihak yang berkenaan seperti yang tertera dibawah:  Kalau si mati meninggalkan... Hak Ibubapa Hak...

Adakah penama adalah pemilik harta?

Image
Tidak, hanya pentadbir bagi harta pusaka Islam.  Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, takaful, tabung lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah melakukan pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid. Penama adalah pemudah cara yang diberi kebenaran untuk menuntut harta-harta yang ditinggalkan si mati seperti simpanan KWSP, simpanan Tabung Haji, simpanan koperasi dan pampasan insurans/takaful (nota: simpanan ASB tidak dibuat penamaan, sebaliknya hibah amanah, akan dijelaskan dalam artikel lain) Dengan meletakkan penama, pengurusan harta pusaka akan menjadi lebih mudah dan cepat kerana harta pusaka si mati dapat dikeluarkan tanpa perlu menunggu Sijil Faraid dan perintah pentadbiran harta pusaka. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap....

Pentadbir Harta Pecah Amanah

Image
 Adakah pentadbir (pemegang amanah) boleh menyeleweng atau pecah amanah? Banyak berlaku. Harta yang dijual tetapi bahagian faraid tidak diberikan kepada mereka yang berhak. Sebab itu sebaiknya lantiklah badan berautoriti sebagai pentadbir bagi melancarkan segala urusan harta pusaka. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

BOLEH KE ISTERI SEBAGAI PENTADBIR HARTA ?

Image
Saya tidak mahu buat berwasiat, nak lantik isteri jadi pentadbir. Boleh, tetapi anda telah bebankan isteri untuk laksanakan semua urusan selepas mati. Kasihanilah isteri anda, beliau baru kehilangan anda.  Dah nak fikir pasal harta pula, anak-anak lagi, bisnes lagi. Biarlah wasi yang dilantik je uruskan harta anda. Jom kita tengok berbezaan maksud dan tugas-tugas oleh mereka ini yang dapat membantu kita/pasangan dalam urusan wasiat & pengurusan harta pusaka. PENAMA  Merujuk kepada mana-mana orang yang di calonkan menjadi penjaga bagi sesuatu akaun bank. Biasanya terpakai dalam akaun KWSP, ASB dan Tabung Haji. Mereka mestilah orang yang cukup umur dan waras. Mereka secara amnya adalah sekadar "pemegang amanah" yang tidak rasmi. Sekiranya pemilik akaun meninggal dunia, Penama berhak mengeluarkan simpanan tersebut. Penama tidak menjadi pewaris kepada kesemua wang dalam akaun secara otomatik.   WASI (EXECUTOR) Adalah pentadbir harta pusaka yang dilantik oleh si mati sebel...

Tukar nama, harta itu milik siapa sebenarnya?

Image
 Jika saya tukar semua harta atas nama isteri, boleh tak? Saya tak nak buat wasiat. Boleh, tetapi tidak disarankan.  Jika si suami mati dulu ok la. Jika isteri mati dulu macam mana? jika tiada hitam putih menyatakan harta si suami akan diserah kembali kepada suami setelah kematian isteri, ianya akan menjadi rumit dikemudian hari. Jika adik-beradik isteri claim harta itu adalah milik isteri, bagaimana? Ianya juga sepertima membuat hibah mutlak. Di bawah hibah mutlak, ia berkuat kuasa serta-merta. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia menjadi harta pusaka penerima. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakaful...

Saya tidak mahu berwasiat, salah ke?

Image
Tidak salah, tetapi akan menjadi rumit apabila waris faraid meninggal seorang demi seorang. Maka ia akan terjadi waris yang berlapis-lapis. Kemungkinan besar pula hutang si mati juga tidak dijelaskan.  Masalah akan semakin rumit apabila tiada siapa yang akan buat tuntutan harta pusaka si mati ditambah lagi dengan dokumen pula hilang. Wasiat adalah salah satu undang-undang yang tersedia melalui syariat Islam dan anugerah Allah SWT kepada penganut agama Islam yang mengandungi rahmat serta pelbagai hikmah demi menjaga keharmonian umat Islam keseluruhannya. Melalui wasiat, Islam meletakkan prinsip keadilan pada kedudukannya sekali gus menyerlahkan kemuliaannya menerusi garis panduan yang ditetapkan. B erdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh  Ibn Majah  yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati atas jalan yang satu dan mengikut sunah dan dia mati sebagai seorang bertakwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa diampunkan...

Perlu ke berwasiat jika tiada harta?

Image
 Saya bukan ada harta pon nak wasiat. Duit dalam bank tu ape? KWSP takde ke? Sekarang ni orang bergaduh disebabkan moto kapcai saje. Sebab periuk belanga.. benda yang kita fikir tak masuk akal. Tapi itulah yang berlaku.. Ada sikit atau banyak, buat lah wasiat supaya tiada masalah di kemudian hari. Berwasiat adalah untuk memudahkan urusan pengurusan harta di kemudian hari. FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 180) Allah SWT menjelaskan, wasiat sebagai satu kewajipan kepada orang yang bertakwa. Pelaksanaan wasiat hendaklah diletakkan pada peringkat keutamaan dalam pembahagian harta peninggalan si mati. Islam membenarkan seseorang yang ada tanda-tanda hampir mati supaya meninggalkan wasiat mengikut hukum d...

Boleh ke tak nak terima bahagian faraid?

Image
 Adakah mereka yang berhak menerima bahagian faraid boleh menolak bahagiannya? Boleh. Tiada masalah. Ramai sahaja yang menolak bahagian mereka bagi menjaga kebajikan anak-anak saudara/ balu. Ini adalah yang lebih baik bagi menjaga ikatan persaudaraan. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Adakah wasiat boleh dicabar?

Image
Wasiat boleh dicabar di Mahkamah Syariah jika wasiat itu kepada waris dan melebihi dari 1/3 harta dan tidak dipersetujui oleh waris-waris. Ataupun, wasiat juga boleh dicabar jika wasiat itu hanya secara lisan, tiada saksi atau kandungan wasiat diragui seperti direka-reka oleh benefisiari. Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Adakah wasiat boleh dibatalkan?

Image
Benar, jika pewasiat masih hidup dia boleh mengubah isi kandungan wasiat mengikut apa yang dikehendaki. 1) Sesuatu wasiat boleh dibatalkan sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dengan— (a)  pembatalan secara nyata; (b)  pembatalan secara tersirat; atau (c)  wasiat yang terkemudian yang mengatasi wasiat yang terdahulu. (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai dibatalkan— (a)  jika pewasiat melakukan apa-apa perbuatan atau mewujudkan hal keadaan yang menunjukkan dengan  qarinah  atau “’ urf ” bahawa dia telah membatalkan wasiatnya itu; atau (b)  jika pewasiat telah sama sekali menghabiskan harta yang dibekueskannya. cc:  https://hanaffi.com/wasiat-hutang/ Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusak...

Boleh ke wasiat kepada ibubapa yang bukan islam?

Image
 Saya mualaf, boleh wasiat kepada ibubapa saya yang bukan islam? Bagi kematian orang Islam, kita tidak begitu mempunyai banyak masalah kerana segala harta peninggalan akan diuruskan mengikut waris faraid. Dalam isu kematian orang bukan Islam pula, waris kepada si mati adalah mengikut kepada Akta Pembahagian 1959 iaitu ibu, bapa, suami, isteri, anak dan juga zuriat atau keturunan yang ke bawah. Namun, secara dasarnya, orang Islam termasuklah golongan mualaf tidak boleh mewarisi harta pusaka peninggalan ibu bapanya yang bukan Islam. Dalam Mazhab Syafie, larangan ini adalah berdasarkan kepada hadis nabi yang bermaksud seperti berikut: Daripada Usamah Bin Zaid R.A, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Tidak mewarisi seseorang Muslim itu daripada seorang yang bukan Islam, dan tidak mewarisi seseorang yang bukan Islam itu daripada seorang Muslim.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Perbezaan pendapat mengenai hukum Muslim mewarisi harta bukan Muslim Namun, terdapat perbezaan pend...

Boleh ke buat wasiat sama rata ?

Image
Tidak boleh kerana wasiat adalah pesanan pemberian untuk bukan waris. Tetapi sekiranya wasiat tersebut ditujukan kepada waris dan pesanan pembahagian secara sama rata ia perlu mendapat persetujuan dari waris-waris semasa dilaksanakan nanti. Apabila sesuatu harta pusaka itu ingin dibahagikan, maka kesemua waris yang terlibat sama ada anak-anak, isteri-isteri dan lain-lain akan hadir dan berbincang. Kalau di hadapan pihak yang berkuasa, mereka diberi pilihan sama ada ingin membahagikan harta pusaka mengikut hukum faraid ataupun mengikut persetujuan bersama seperti sama banyak antara lelaki dan perempuan. Kalau dibahagi sama rata, maka pada zahirnya berlawanan mengikut faraid yang asal seperti anak lelaki akan memperolehi dua bahagian manakala perempuan satu bahagian sahaja. Namun cara pembahagian sama rata itu harus setelah mereka diberi faham bahagian masing-masing di sudut faraid serta tidak membabitkan waris yang belum baligh. Namun, kalau berlaku pertelingkahan antara waris tentang p...

Adakah anak angkat layak menerima harta pusaka?

Image
  firman Allah S.W.T: لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا ﴿ ٧ ﴾ Maksudnya :  Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). Surah al-Nisa’ (7) berdasarkan kepada definisi harta pusaka, sebab-sebab perwarisan serta maksud anak angkat, dapat kita menyatakan bahawa anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu atau bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tidak mempunyai sebarang hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat sekalipun anak angkat tersebut telah dibinkan kepada bapa ...

Adakah wasiat boleh dilaksanakan melebihi 1/3 daripada jumlah harta?

Image
Tidak boleh kerana baki 2/3 itu adalah hak waris yang tidak boleh diketepikan. Sebagaimana hadis daripada Saad bin Abi Waqas yang telah menemui Rasulullah dan bertanyakan yang beliau ingin mewakafkan semua hartanya, Rasulullah menjawab tidak boleh.  Kemudian beliau berkata lagi jika setengah, Rasulullah menjawab tidak.  Kemudian beliau berkata lagi satu pertiga, Rasulullah menjawab, satu pertiga itu sudah banyak. Rasulullah menyatakan lagi, engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan mempunyai harta adalah lebih baik dari meminta-minta dari orang lain. Kadar Wasiat Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit:  يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ الن...

Boleh ke berwasiat kepada waris?

Image
Kalau nak wasiat kepada waris juga, perlu mendapat persetujuan dari waris-waris yang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw pernah bersabda “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”. Bermakna, jika ada persetujuan waris tiada masalah. Wasiat Kepada Waris Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya . Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ Yang bermaksud:  “Tidak boleh berwasiat...

Kepada siapa saya boleh wasiatkan harta?

Image
Kepada bukan waris .. Kepada Siapa Wasiat Patut Diberikan Keluarga yang miskin Anak yatim Anak angkat Anak susuan Masjid atau surau Badan kebajikan cc:  https://hanaffi.com/wasiat-hutang/ https://efaraid.mais.gov.my/wasiat/ Jom tanya: Norul Fatihah bt Mohammad Nor Whatsapp: wasap.my/601110724106/naktakaful  wasap.my/601110724106/nakwasiat  Blog: https://norulfatihahmohammadnor.blogspot.com/ Facebook: https://www.facebook.com/AIATakafulNorulFatihah/ #aiatakafulnorulfatihah #wasiat #hibah #hartapusaka #faraid #medikalkad #incomeprotection #penggantiangaji #investment

Apa itu wasiat?

Image
Wasiat adalah iqrar, pesanan atau arahan oleh pemilik harta secara lisan atau bertulis bagi menguruskan harta miliknya selepas dia mati. Surat wasiat  (pinjaman  Bahasa Arab :  وصية ,  translit.   waṣiyat ,  Bahasa Inggeris :  last will and testament ) ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan  esetnya  serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh mengasaskan  amanah  wasiat yang hanya menjadi laku selepas kematian pewasiat. Pengurusan dan perancangan harta merupakan satu perkara yang sangat digalakkan di dalam Islam. Oleh itu wasiat merupakan satu inisiatif dalam pelaksanaan sistem kewangan yang terdapat di dalam Islam. Syarat yang ditetapkan dalam melakukan wasiat sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya: “ wasiat disunatkan pada menggunakan satu pertiga daripada hartanya atau kurang,...

Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat wasiat?

Image
Sangat digalakkan berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”. Mati dalam keadaan berhutang, pahala kebaikannya menjadi ganti. Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: و من مات و عليه دَينٌ فليسَ ثَمَّ دينارٌ و لا درهمٌ ، و لكنَّها الحسناتُ و السيِّئاتُ Yang bermaksud:  “Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah ...